Wednesday 30 May 2012

SUAMIKU MUSUHKU

Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya. “Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!” Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan. “Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.” Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta. Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?

Tuesday 29 May 2012

LOVE YOU MR ARROGANT

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal. "Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. "Apa? Atas lantai ni?" "Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja." "Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!" Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri. "Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

TERLERAI KASIH

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah. “Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah “Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri “Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket. - Wafiah “Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

Friday 25 May 2012

SUAMIKU USTAZ

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.” Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? “Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.” Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar? “Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.” Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Saturday 19 May 2012

KAHWIN GANTI

Luqman Hakim Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la! Nuqman Hakim Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh! Mya Zara Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya. “Awak suka saya tak?” – Mya Zara “Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba. “Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

Friday 18 May 2012

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia. Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima. Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.” Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!” Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

CINTA KONTRAK

NUR ALIA AIRYSHA, seorang gadis yang datang dari kampong ke Kuala Lumpur dengan niat untuk membantu keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Ayahnya bekerja sebagai nelayan dan ibunya mengambil upah membasuh baju. Dengan bnatuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airsyh bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya. Ha heronya anak si datin nilah. Mesti hensemkan…ha memang hensem pon coz ank kacukan melayu + perancis, bermata biru kehijau hijauan, iaitu MUHAMMAD DANIAL FRANZ BIN EDDY FRANZ. Berkelulusan dari luar Negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya. Takdir menemukan Danial dan Airysh di butik mamanya iaitu merupakan pertemuan kedua. Pertemuan pertama mereka adalah di stesyen bus apabila terlanggar secara tak sengaja oleh Danial. Airysha yang brutal dan Danial yang ego. Danial cuba mendapatkan Airysh tanpa merendahkan egonya dan meminta maminya meminang Airysh. Danial digelar oleh Airish sebagai CICAK KOBENG & Airysh digelar sebagai MACHINE GUN. Airysh menerima perkahwinan ini dlm terpaksa untuk tidak mengecewakan ibunya tetapi perkahwinan ini bersyarat! Danial telah membuat kontrak perkahwinan tetapi telah dibuang oleh Airysh kerana tidak mahu terikat. Walaupun telah berkahwin mereka tetap membuat hal masing2 dan akan berlakon bahagia di depan mentua. BELLA @ NABILA merupakan bekas kekasih Danial dan dia telah meminta Danial untuk menjadikannya isteri kedua. Bella mengugut untuk membunuh diri dan Airysh telah berjanji untuk menjadikan Bella isteri no 2. Dalam perang mulut Danial dan Airysh ini, mereka telah saling tangkap cintan. Dalam rancangan Airysh utk nikahkan Danial & Bella di sebuah Masjid, Danial telah membantah perkahwinan yg diatur ini dan tempat Danial telah digantikan oleh Shafiq yg telah lama mencari Bella utk luahkan perasaan. Akhirnya Danial berjaya lembutkan Airysh untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri yg sebenar. Hepy ending n delivery kedua dpt baby kembar 4 lg…dahsyat2…bestnyer klau dpt jumpe lelaki cam Danial ni…

Wednesday 9 May 2012

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA - ACIK LANA

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid. Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Tuesday 8 May 2012

DIALAG SEGALANYA...

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya. Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya. Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain. Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya. Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut? Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….

Tuesday 1 May 2012

AWAK SUKA SAYA TAK ? - MELUR JELITA

Memang sukar untuk kita menemui seorang lelaki seperti Muhammad Hilman Yong bin Abdullah. Tetapi tidak mustahil boleh ditemui di mana-mana. Apa yang penting ialah.. ketaatan dan kejujuran Muhammad Hilman Yong. Kejujuran dan ketaatannya menjadi muslim... Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil. Lihatlah pada cinta mereka...Cinta ikhlas kerana ALLAH. Ada banyak ayat dan kata tauladan yang sungguh menusuk di jiwa. Dan ada ketikanya sebagai pembaca dapat merasa, betapa hidup kita ini harus menghargai, mensyukuri dan redha walaupun mungkin orang yang kita sayangi selama ini tidaklah sempurna mana... atau tidak hebat seperti orang lain di luar sana. Perlu diingat... itulah jodoh yang ditentukan kepada kita. Begitu indah bagaimana Muhammad Hilman Yong menjaga wanita yang diyakini itulah jodohnya. Ketulusannya terpamir... Bagaimana Muhammad Hilman Yong melindungi, menyayangi, menjadi pendengar dan pendorong yang begitu setia. Puteri Intan Zulaikha sendiri, tidak lari dari dugaan... cabaran dalam mengejar cintanya. Pernah melalui saat getir dan pedih kerana berpisah selama 2 tahun dengan Muhammad Hilman Yong. (Remuk hatinya bila hadir ke majlis pernikahan Muhammad Hilman Yong dengan Balqis.) Ini yang perlu di contohi.... Insiden tersebut tidak melemahkan semangat Puteri Intan Zulaikha. Malah memberi kekuatan untuknya melanjutkan pengajian hingga ke peringkat PhD. Bagi Muhammad Hilman Yong... Dia tahu ALLAH mendengar kata hatinya, doanya dan permintaannya. “I will love her forever and ever. I wil love you, Puteri Intan Zulaikha. Love you more than your parents do, love you more than your brother does, and will love you more than you love yourself. And I swear this is true. Please... terima peminangan saya ini.” Lihatlah.... Cinta itu tidak kejam. Cinta itu sebenarnya mempunyai pelbagai rasa dan pelbagai kesan. Terletak pada kita... BAGAIMANA Mengawal diri dalam dunia percintaan. Kita perlu menanganinya dengan bijak. Dan yakinlah.. dengan izin-Nya, DENGAN KEBIJAKSANAAN TERSEBUT akan membuahkan hasil yang tidak terduga. Jodoh itu menjadi rahsia ALLAH. Allah menentukan begitu banyak cabaran yang Muhammad Hilman Yong dan Puteri Intan Zulaikha terpaksa tempuhi sehingga Muhammad Hilman Yong disangka murtad ketika hilang ingatan selepas jatuh dari kuda..... Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.... komen saya tentang novel nie : Saya jatuh cinta dengan Hilman Yoong setelah membaca novel nie. banyak pengajaran yang kita perolehi ms membaca novel ini. Novel nie sesuai dibaca semua peringkat umur dan bagi remaja2 yang tengah bercinta anda perlu membaca novel nie. bercintalah seperti Hilman Yoong dan Intan Zulaikha. Cinta mereka begitu sudi dan indah walaupun banyak dugaan yang melanda. Hilman yoong hanya akan bercinta dgn Intan andainya intan sah menjadi miliknya.... selagi intan bukan miliknya yang sah.. hilman yoong tidak akan menyentuh dan memegang tangan intan. " Saya pun boleh jadi seperti mereka yang bercinta tapi dengan syarat intan sah jadi milik saya " itulah Hilman Yoong yang kuat berpegang pada ajaran agama islam. hingga kini watak Hilman Yoong benar2 membuat saya jatuh cinta sekali lagi. bagi saya baby pertama kak melur jelita nie harus dipuji kerana tidak jemu membaca walaupun novel nie begitu tebal. saya bagi 10/10 pada novel Awak Suka Saya Tak ? kerana bagi saya novel nie banyak pengajaran dan kata2 yang indah dan pastinya HILMAN YOONG tetap dihati. buat kak melur jelita tahniah diucapkan kerana berjaya menghasilkan novel yang begitu mengasyikkan bila dibaca... :)
GAMBAR2 HILMAN YOONG UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA :)